Menu
Yayasan Pondok Pembangunan Malaysia
Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) merupakan sebuah yayasan yang ditubuhkan bagi menyokong pembangunan institusi pengajian pondok serta memperkukuh peranan pendidikan Islam di Malaysia.
“Tidak seperti negara jiran (Indonesia & Thailand) kita tidak mempunyai maklumat yang lengkap mengenai pondok. Maklumat yang ada tidak banyak, terpencil dan berselerak.
Walaupun sistem pengajian pondok bertapak di Malaysia sejak beratus tahun dahulu, belum ada usaha yang serius dan khusus untuk membangunkan pangkalan data komprehensif dan berpusat.
Jika ditanya berapa pondok yang ada di Malaysia, tidak ada pihak yang dapat beri jawapan tepat dan meyakinkan. YPPM mengambil inisiatif mengadakan bancian dan menerbitan profil pondok untuk kegunaan awam.”
Pengenalan ringkas kepada Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia.
Pengenalan ringkas kepada Institusi Pondok dalam Malaysia.
Pengenalan ringkas kepada Sumbangan & Infaq.
Lihat senarai penuh Kempen Sumbangan yang aktif.
Ditubuhkan pada tahun 2012, YPPM ditubuhkan sebagai usaha untuk memberi pengiktirafan kepada Institusi Pondok dan Warga Pondok yang telah lama menyumbang kepada pembangunan ilmu dan Pendidikan Islam di negara ini. Selain itu, YPPM berperanan membantu meningkatkan imej serta kefahaman masyarakat terhadap sistem Pendidikan Pondok agar ia terus relevan dan dihargai dalam konteks semasa.
Institusi Pondok merupakan sistem Pendidikan Islam yang menekankan pengajian ilmu agama secara mendalam, berteraskan Kitab Turath dan bimbingan ulama. Sistem ini tidak terikat dengan had umur, peperiksaan formal atau pensijilan, sebaliknya memberi penekanan kepada pembentukan ilmu, akhlak dan amalan.
Sistem Pondok Tradisional merupakan sistem Pendidikan Islam yang menekankan pengajian ilmu agama secara mendalam, berteraskan Kitab Turath dan bimbingan ulama.
Selain sistem Pondok Tradisional, terdapat juga Institusi Pondok Moden yang menggabungkan pengajian agama dengan subjek akademik dan kemahiran semasa.
YPPM berperanan menyokong Institusi Pondok melalui pelbagai inisiatif termasuk bantuan kebajikan, sokongan pembangunan infrastruktur, serta usaha memperkukuh sistem pengurusan dan penyampaian maklumat berkaitan Institusi Pondok. Usaha ini dilaksanakan bagi memastikan kelangsungan operasi dan kesejahteraan warga pondok.
Sumbangan yang disalurkan kepada YPPM bertujuan untuk menyokong pembangunan dan kelangsungan Institusi Pengajian Pondok di seluruh negara. Dana yang diterima digunakan secara beramanah bagi pelaksanaan inisiatif berkaitan kebajikan, pembangunan fizikal, serta sokongan kepada program pendidikan dan komuniti pondok. Setiap sumbangan diuruskan dengan mengambil kira prinsip ketelusan dan tadbir urus yang baik.