Pondok & Media Sosial di Nadi Kg Raban, Lenggong Perak
- Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia

- 21 Jul
- 1 min membaca
Alhamdulillah
YPPM dengan kerjasama Nadi Kg Raban, Lenggong Perak telah berjaya mengadakan program bersama warga Akademi Darul Turath Al Hajari, Lenggong Perak. Turut hadir bersama TG Ahmad Rozaini bin Abdul Rahman, Mudir Pondok.
Program ini dilaksanakan bagi memberi kesedaran internet dan ilmu asas multimedia grafik canva kepada para pelajar pondok yang diadakan di Nadi berdekatan pondok. Semoga pelajar dapat manfaatkan ilmu yang dikongsikan bersama dalam program Pondok dan Media Sosial ini.
YPPM juga berkesempatan berkunjung ke Akademi Darul Turath Al Hajari bagi mengeratkan hubungan silaturrahim.
Akademi Darul Turath Al Hajari merupakan sebuah pondok tradisional yang menjalankan pengajian kitab turath. Terbuka kepada pelajar lelaki sahaja. Juga terdapat pelajar dari kalangan warga emas.


10 orang pelajar terlibat

TG Hj Ahmad Rozaini Bin Abdul Rahman turut bersama menimba ilmu dlm program ini



Kiosk Al Hajari - Koperasi pondok

Pemberian 1 salinan Buku Profil Pondok kpd TG


Komen